Kejohanan Remaja B-19 AFC 2016
| بطولة آسيا تحت 19 سنة لكرة القدم 2016 | |
|---|---|
| Perincian kejohanan | |
| Negara tuan rumah | Bahrain |
| Tarikh | 13 Oktober – 30 Oktober |
| Pasukan | 16 (dari 1 konfederasi) |
| Tempat | 2 (di 2 bandar) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Jepun (Kejuaraan Ke-1) |
| Naib Juara | Arab Saudi |
| Separuh Akhir | Iran Vietnam |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 31 |
| Jaringan gol | 84 (2.71 per perlawanan) |
| Kehadiran | 39,304 (1,268 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Abdulrahman Al-Yami Sami Al-Najai (Masing-masing 4 gol) |
← 2014 2018 →
Semua statistik tepat pada 24 Oktober 2016. | |
Kejohanan Remaja B-19 AFC 2016 akan menjadi edisi ke-39 Kejohanan Remaja B-19 AFC, kejohanan bola sepak belia yang dianjurkan dua tahun sekali oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) bagi pemain-pemain pasukan kebangsaan di bawah umur 19 tahun daripada ahli persatuan mereka. Kejohanan ini akan diadakan di Bahrain, sebagaimana yang diumumkan oleh AFC pada 3 Jun 2015. Kejohanan ini dijadual akan dimainkan antara 13 hingga 30 Oktober 2016.
Empat Peserta Separuh Akhir kejohanan ini akan layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2017 di Korea Selatan. Korea Selatan layak secara automatik ke Piala Dunia B-20 FIFA 2017 sebagai tiket tuan rumah. Jika Korea Selatan berakhir di empat tempat teratas dalam kejohanan ini, pasukan kelima (iaitu, pasukan yang kalah di suku akhir dengan rekod terbaik dalam kejohanan ini) akan layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2017.