Kejohanan Remaja B-19 AFC 2014
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Negara tuan rumah | Myanmar |
| Tarikh | 9 Oktober – 23 Oktober |
| Pasukan | 16 (dari 1 konfederasi) |
| Tempat | 2 (di 2 bandar) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Qatar (Kejuaraan Ke-1) |
| Naib Juara | Korea Utara |
| Separuh Akhir | Myanmar Uzbekistan |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 31 |
| Jaringan gol | 92 (2.97 per perlawanan) |
| Kehadiran | 233,739 (7,540 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Ahmed Al Saadi Zabikhillo Urinboev Jo Kwang-Myong (masing-masing 5 gol) |
| Pemain terbaik | Ahmed Doozandeh |
| Anugerah Permainan Bersih | Korea Utara |
← 2012 2016 → | |
Kejohanan Remaja B-19 AFC 2014 ialah edisi ke-38 kejohanan bola sepak antarabangsa remaja yang dianjurkan dua tahun sekali oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) untuk pemain berumur 19 tahun ke bawah. Myanmar telah diluluskan sebagai tuan rumah pertandingan pada 25 April 2013. Kejohanan ini telah diadakan pada 09 hingga 23 Oktober 2014, dengan empat pasukan teratas layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2015 di New Zealand.
Qatar memenangi kejohanan itu, dan disertai oleh Korea Utara, tuan rumah Myanmar, dan Uzbekistan sebagai zon AFC layak untuk ke Piala Dunia B-20 FIFA 2015.