Kejohanan Kelab ASEAN 2024–25
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Tarikh | Kelayakan dan kejohanan sebenar: 17 Julai 2024 – 21 Mei 2025 |
| Pasukan | Kejohanan sebenar: 12 Jumlah (maksimum): 14 (dari 10 persatuan) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Buriram United (Kejuaraan Ke-1) |
| Naib Juara | Cong An Ha Noi |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 36 |
| Jaringan gol | 115 (3.19 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Lucas Crispim Léo Artur (Masing-masing 6 gol) |
| Pemain terbaik | Lucas Crispim |
| Permain muda terbaik | Ilhan Fandi |
| Penjaga gol terbaik | Chatchai Budprom |
← 2005 2025–26 → | |
Kejohanan Kelab ASEAN 2024–25 atau ringkasnya ACC 2024–25, secara rasmi Piala Shopee 2024–25 atas sebab penajaan, akan menjadi edisi ketiga Kejohanan Kelab ASEAN, pertandingan bola sepak antarabangsa antara pasukan juara domestik yang bergabung dengan ahli persatuan-persatuan Persekutuan Bola Sepak ASEAN. Ia akan menjadi ACC pertama yang dimulakan sejak 2005.
Kebangkitan semula Kejohanan Kelab ASEAN pertama kali dicadangkan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia pada 2019, tetapi dihalang oleh pandemik COVID-19. Percubaan terbaharu yang tidak berjaya adalah untuk 2023–24.
Kejohanan itu telah dilancarkan pada 4 April 2024 dengan permainan dijangka akan dimainkan dari 17 Julai 2024 hingga 21 Mei 2025. Kejohanan sebelumnya telah dibatalkan secara rasmi kerana jadual pertandingan yang bertindih (kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan Kedua dan Piala Asia AFC 2023).