Persekutuan Bola Sepak ASEAN

Persekutuan Bola Sepak ASEAN
ASEAN Football Federation (en)
Kerangka
KependekanAFF 
Jenis/bentuk sahPertubuhan sukan
Keanggotaan 12 ahli persatuan
Anggota bagiKonfederasi Bola Sepak Asia 
Bahasa rasmiBahasa Inggeris 
Tapak webhttp://www.aseanfootball.org/v2/
Sejarah
Dibentuk31 Januari 1984
Pengurusan
PresidenMaj. Gen. Khiev Sameth
Pertubuhan indukKonfederasi Bola Sepak Asia 
SubsidiariPersekutuan Bola Sepak Australia, Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Persekutuan Bola Sepak Kemboja, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia, Persekutuan Bola Sepak Laos, Persatuan Bola Sepak Malaysia, Persekutuan Bola Sepak Myanmar, Persatuan Bola Sepak Singapura, Persatuan Bola Sepak Filipina, Persatuan Bola Sepak Thailand, Persekutuan Bola Sepak Timor-Leste, Persekutuan Bola Sepak Vietnam 
GabunganFIFA 
Lokasi
Mapa de l’AFF 
Ralat Lua pada baris 384 di Modul:Mapframe: attempt to perform arithmetic on local 'lat_d' (a nil value).
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
Lokasi
Koordinat2°54′N 101°22′E 
Kawasan perkhidmatanAsia Tenggara, Australia, Taiwan 
sunting · sunting di Wikidata

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) ialah pertubuhan sekumpulan negara dalam Konfederasi Bola Sepak Asia dari bahagian Asia Tenggara. ASEAN bermaksud Persatuan Negara-negara Asia Tenggara. AFF telah ditubuhkan pada 1984 oleh negara Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Brunei menyertai pada tahun yang sama. Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam menyertai AFF pada 1996.

Pada 1996, pertubuhan ini mengadakan Kejohanan Bola Sepak ASEAN dan sejak dari itu ia telah berkembang menjadi sebuah kejohanan yang mengangkat martabat bola sepak Asia Tenggara.

Kini, AFF masih mengembangkan pengaruhnya dengan Timor Leste menyertai pertubuhan ini pada 2004 dan Australia pada 1 Januari 2006. Australia menghantar pasukan muda mereka semasa Kejohanan Bola Sepak Remaja ASEAN.

Pada 7 Ogos, 2008, AFF dengan rasminya mengumumkan bahawa Suzuki menjadi penaja baru untuk pertandingan perdana mereka, Kejohanan Bola Sepak ASEAN