Buriram United F.C.
| Nama penuh | Buriram United Football Club (Kelab Bola Sepak) สโมสรฟุตบอลบุรีรัมย์ ยูไนเต็ด | ||
|---|---|---|---|
| Gelaran | Istana Halilintar (ปราสาทสายฟ้า) | ||
| Nama pendek | BRUTD | ||
| Diasaskan | 1970, as Provincial Electricity Authority Football Club 2010, as Buriram PEA Football Club | ||
| Stadium | Chang Arena Buriram, Thailand (Kapasiti: 32,600) | ||
| Pengerusi | Newin Chidchob | ||
| Head coach | Osmar Loss | ||
| Liga | Liga T1 | ||
| 2023–24 | Liga T1, ke-1 (johan) | ||
| Tapak sesawang | Laman kelab | ||
| |||
| Musim semasa | |||
| Bahagian Sukan lain yang aktif di Kelab Buriram United | ||
|---|---|---|
| Bola Sepak (Lelaki) | Bola Sepak B (Junior Lelaki) | E-Sukan |
Buriram United Football Club (Bahasa Thai: สโมสรฟุตบอลบุรีรัมย์ ยูไนเต็ด สโมสรฟุตบอลบุรีรัมย์ ยูไนเต็ด) ialah kelab bola sepak Thailand yang bermain di perlawanan divisyen tertinggi negara itu, Liga T1. Kelab ini ditubuhkan pada 1970 sebagai PEA FC (Provincial Electricity Authority Football Club) sebelum diubah suai menjadi Buriram PEA dan Buriram United masing-masing pada tahun 2010 dan 2012. Stadium asal mereka ialah Chang Arena, yang mempunyai kapasiti 32,600 pengunjung.
Buriram United berjaya memenangi kejohanan Liga Thai pertama mereka pada tahun 2008 dan Piala Diraja Kor pada tahun 1998 dengan nama mereka dahulu yakni PEA FC. Ia sebelum ini berpangkalan di Ayutthaya sebelum berpindah ke timur, Buriram untuk musim 2010. Pada musim 2011, Buriram PEA ialah kelab pertama dalam sejarah bola sepak Thailand yang berjaya merekodkan kemenengan di ketiga-tiga sederum kejohanan tempatan dalam perlawanan semusim (Liga Perdana Thailand, Piala FA Thailand, dan Piala Liga Thai).