Kegabenoran Baitulmaqdis

Kegabenoran Baitulmaqdis
Peta kawasan mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menunjukkan pengaturan pendudukan Israel di Kegabenoran
Negara Negara Palestin
Keluasan
 • Jumlah344 km2 (133 batu persegi)
Penduduk
 (2017)
 • Jumlah365,521
 Angka ini tidak memasukkan petempatan Israel

Kegabenoran Baitulmaqdis atau Kegabenoran Baitulmakdis atau Kegabenoran Baitulmuqaddis (Arab: محافظة القدس, rumi: Muḥāfaẓat al-Quds; Ibrani: נפה אל-קודס, rumi: Nafah al-Quds), atau dikenal juga sebagai Kegabenoran Jerusalem, ialah satu dari 16 kegabenoran Palestin dan bertempat di tengah-tengah Tebing Barat. Gabenor yang berkuasa sekarang, yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Palestin, ialah Adnan Ghaith semenjak 2018, yang menggantikan Adnan al-Husayni, yang dilantik di tahun 2008. Kegabenoran ini memiliki dua sub-daerah: Jerusalem J1, yang memasukkan petempatan-petempatan di dalam Kegabenoran namun dikawal oleh Israel dengan pihak berkuasa tempatannya yang bernama kawasan perbandaran Jerusalem (Baitulmaqdis Timur), dan Jerusalem J2, yang merangkumi bahagian selebihnya dari Kegabenoran Baitulmaqdis. Ibu kota Kegabenoran ialah Baitulmaqdis Timur.

Jumlah keluasan tanah kegabenoran ialah 344 km². Mengikut Biro Pusat Perangkaan Palestin, kegabenoran ini memiliki penduduk sekitar 429,500 jiwa di tahun 2005, atau 10.5% dari orang Palestinin yang tinggal di wilayah-wilayah Palestin. Di tahun 2022, penduduk bertambah menjadi 482,854 menurut Perangkaan rasmi.