Nablus

Nablus (disebut juga Nābulus; Arab: نابلس; IPA: [næːblʊs]; Ibrani: שכם, Šəḫem) ialah sebuah bandar Palestin di utara Tebing Barat, kira-kira 63 kilometer (39 batu) ke utara Jerusalem. Dengan kepadatan penduduk lebih kurang 134,000 orang, bandar ini merupakan salah satu pusat populasi Palestin terbesar di Timur Tengah. Terletak di kedudukan yang strategik yakni di antara Gunung Ebal dan Gunung Gerizim, ia adalah ibu kota / pusat pemerintahan kepada Kerajaan Nablus dan merupakan pusat kebudayaan dan perdagangan komersil rakyat Palestin.