Putra Heights
Putra Heights ialah sebuah bandar seluas 1,796 ekar (7.27 km2) di Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Dimulakan pada 1999, hampir 80% daripada jumlah unit yang dirancang telah dilancarkan setakat 2009. Antara melebihi 6,400 unit yang telah siap pembinaannya termasuk:
- 5,000 unit rumah bungalo;
- 324 unit kedai-pejabat;
- sekitar 1,400 unit pangsapuri kos sederhana.
Putra Heights kini dianggarkan mempunyai sebanyak 15,000 penghuni dan apabila disiapkan pada tahun 2016, kawasan kediaman ini dijangka akan menampung 60,000 orang.
Putra Heights | |
|---|---|
Perbandaran | |
Papam tanda Putra Heights di Bukit Cermin | |
Putra Heights Putra Heights (Selangor) Putra Heights Putra Heights (Semenanjung Malaysia) Putra Heights Putra Heights (Malaysia) | |
| Koordinat: 2.9950°N 101.5679°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Selangor |
| Daerah | Petaling |
| Ditubuhkan | 1999 |
| Diasaskan oleh | Sime UEP Properties |
| Pentadbiran | |
| • Ditadbir oleh | Majlis Bandaraya Subang Jaya |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 7.27 km2 (2.81 batu persegi) |
| Penduduk | |
| • Jumlah | 49,000 (anggaran) |
| Zon waktu | WPM |
| Poskod | 47650 |
| Kod kawasan | +603-51, +603-5614 |
| Lokasi Putra Heights di Peta Google | |
Terletak di tengah-tengah perbandaran ini ialah Putra Point yang akan merupakan pusat perdagangan kepada perbandaran-perbandaran lain di kawasan ini. Selain daripada melayani penghuni-penghuni Putra Heights, Putra Point juga akan melayani perbandaran-perbandaran yang berjiran seperti Subang Jaya, UEP Subang Jaya, Puchong, dan Shah Alam.