Kawasan Undi Perseorangan Mountbatten
| Kawasan Undi Perseorangan bagi Parlimen Singapura | |
| Wilayah | Timur Singapura |
| Pengundi | 24,267 |
| Kawasan undi semasa | |
| Dibentuk | 1957 |
| Kerusi | 1 |
| Parti | Parti Tindakan Rakyat |
| Wakil | Lim Biow Chuan |
| Majlis Bandaran | Marine Parade |
| Ditubuhkan dari | Kawasan Undi Perseorangan Katong |
| Dimansuh | 1997 |
| Diserap ke | Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Marine Parade |
| Berubah semula | 2011 |
| Berubah dari | GRC Marine Parade |
Kawasan Undi Perseorangan Mountbatten ialah sebuah kawasan undi perseorangan (SMC) di bahagian tenggara Singapura. Mula-mula, Kawasan Undi Perseorangan Katong, sebelum pilihan raya tahun 1959, dimansuhkan dan diukir menjadi SMC Mountbatten dan Kawasan Undi Perseorangan Joo Chiat. Kawasan undi ini kemudian bertahan selama 36 tahun sebelum ia dimansuh untuk diserap ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Marine Parade pada tahun 1997. Pada tahun 2011, ia diukir keluar semula dan dijadikan sebuah SMC lagi bagi Pilihan raya umum 2011.
SMC Mountbatten ini merangkumi Tanjong Rhu, Jalan Lapangan Terbang Lama, Estet Meyer, Lengkok Cassia, Lengkok Dakota, Kampong Kayu, Kg Arang; Jalan Dua, Tiga, dan Enam; beberapa kawasan di Marine Parade, dan kawasan-kawasan yang masuk dalam kawasan Tanjong Katong.