Kawasan Undi Perseorangan Joo Chiat
1°18′45″N 103°54′27″E / 1.3126008°N 103.9074770°E
| Kawasan Undi Perseorangan bagi Parlimen Singapura | |
| Wilayah | Timur Singapura |
| Pengundi | 22,760 (sebelum dimansuh pada 24 Julai 2015) |
| Kawasan undi tidak beroperasi | |
| Dibentuk | 1959 |
| Dimansuh | 2015 |
| Kerusi | 1 |
| Parti | Parti Tindakan Rakyat |
| Wakil | Charles Chong You Fook (untuk Parlimen 2011-15) |
| Majlis Bandaran | Pantai Timur (untuk Parlimen 2011-15) |
| Digantikan dengan | GRC Marine Parade |
| Ditubuhkan dari | Kawasan Undi Luar Bandar Barat |
| Dimansuh | 1991 |
| Diserap ke | GRC Bedok |
| Berubah semula | 2001 |
| Berubah dari | GRC Pantai Timur |
Kawasan Undi Perseorangan Joo Chiat ialah sebuah Kawasan Undi Perseorangan (SMC) yang terletak di kawasan timur Singapura. SMC ini merangkumi tempat di sekitar Joo Chiat, Katong, estet opera, Siglap dan sebagian Telok Kurau. Kawasan undi ini pernah berwujud dari 1959 hingga 1988, yakni apabila kawasan ini digabung dengan kawasan undi lainnya untuk membentuk kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Bedok. Kawasan ini muncul lagi jelang PRU 2001 selepas kwasan ini diukir keluar dari GRC Pantai Timur. Kawasan ini dikuasai Parti Tindakan Rakyat hingga dimansuhkan pada 2015.
Bukit Panjang (muncul sejak PRU 1955), Mountbatten (PRU 1959), dan kawasan undi ini (PRU 1959), hingga 1988, pernah dianggap sebagai kawasan undi dengan sejarah yang panjang. Sejarah Joo Chiat sebagai kawasan undi dengan rekod panjang ini berakhir mengingat keseluruhan kawasan undi ini dimasukkan ke Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan dengan ukuran yang tentunya lebih besar. Pada akhirnya, selain dua nama di atas, sudah tak ada lagi kawasan undi lain yang bertahan tanpa pemansuhan setelah SMC Chua Chu Kang (muncul sejak PRU 1959) diubah bentuk menjadi GRC CCK.
Selepas peruntuhan flat HDB di Joo Chiat, kawasan undi ini digabung ke dalam GRC Marine Parade tahun 2015.