Kombu
| Kombu | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Divisi: | Heterokontophyta
|
| Kelas: | Phaeophyceae
|
| Order: | Laminariales
|
| Keluarga: | Laminariaceae
|
| Genus: | Saccharina
|
| Spesies: | S. japonica
|
Kombu (昆布) atau konbu adalah rumpai laut umumnya dari spesies Laminaria japonica yang digunakan orang di negara-negara Asia Timur seperti China, Korea dan Jepun. Ia turut dikenali di Korea sebagai dashima atau haidai (Bahasa Cina: 海带; pinyin: Hǎidài).
Di Jepun, Kombu dipakai dalam masakan Jepun sebagai bahan asas masakan yang disebut dashi, dimasak bersama sayur-sayuran dan daging, atau diproses menjadi lauk pendamping nasi.
Dashi kombu ialah bahan kuah yang diambil dari Kombu. Kombu direndamkan di dalam bekas yang berisi air, dimasak hingga mendidih lalu Kombu diangkat dan air rebusannya siap digunakan.
Kombu mentah dijual dalam bentuk kering dengan ukuran yang berbeza-beza mengikut harga dan keperluan. Kombu kering terbaik yang digunakan di restoran ada yang dijual dalam bentuk lembaran yang sangat panjang (1-2 meter).