Kasma Booty
Kasma Booty | |
|---|---|
| Kelahiran | Kasmah binti Abdullah 1932 |
| Meninggal dunia | 1 Jun 2007 (berumur 74–75) |
| Sebab kematian | Komplikasi paru-paru berair |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gates, Selangor |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1948–1992 |
| Pasangan | Booty Jacobs |
| Anak-anak | 5 (Chempaka, Asmara, Kesuma (1951-2020), Surya dan Purnama) |
| Ibu bapa |
|
| Saudara |
|
| Keluarga |
|
Kasmah Abdullah AMN atau lebih dikenali sebagai Kasma Booty (Jawi: كسم بوتي; 1932 – 1 Jun 2007) merupakan seorang seniwati dan primadona filem Melayu era 40-an, 50-an dan sehinggalah ke penghujung 60-an. Dilahirkan di Kisaran, Indonesia, beliau berdarah kacukan Belanda dan Jawa berasal dari keluarga seni. Sama seperti P. Ramlee, Kasma telah diuji bakat oleh B. S. Rajhans dan menjadi pelakon di Malay Film Productions Ltd. Kasma pernah menjadi pasangan kepada P. Ramlee dalam Bakti, Sejoli, Juwita, dan Ragam P. Ramlee (bahagian Damaq).