Raja Ema
Yang Mulia Raja Ema Raja Ibrahim | |
|---|---|
| Kelahiran | Raja Ema binti Raja Ibrahim 26 November 1968 |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, model, usahanita |
| Tahun aktif | 1985–kini |
| Pasangan | Sheqal (k. 1993; c. 1999) |
| Anak-anak | 2 orang (Jangan masukkan nama anak beliau di sini kerana mereka tidak mahu dikenali) |
| Ibu | Yusni Jaafar |
| Bapa | Raja Ibrahim bin Raja Haji Ngah Muhammad Mansur |
| Saudara | 6 sepupu dari sebelah ibunya; (Chempaka Booty, Asmara Booty, Kesuma Booty, Surya Booty, Purnama Booty, Erni Sulastri) Sukarni Jaafar (ibu saudara) Kasma Booty (ibu saudara) Booty Jacobs (bapa saudara ipar) Jaafar Siddik (datuk) Kasminik (nenek) (dari sebelah bapanya) YM Raja Fatimah YAM Raja Ngah Mansur (ibu saudara) YM Raja Roslaini YAM Raja Ngah Mansur (ibu saudara) 3 sepupu; (Hasri Hashim, Haslinda Hashim, Hasremy Hashim) YAM Raja Ngah Muhammad Mansur (datuk) ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II / en:Abdullah Muhammad Shah II of Perak (moyang) Ibni Sultan Jaafar 1 (atuk moyang) Raja Jaffar 2 (tiga pupu) Ibni Raja Musa 2 (bapa saudara dua pupu) Ibni Sultan Abdul Aziz Mustasim Billah Shah dan Raja Azrul Jaffar Mustasim Billah Shah (datuk saudara sepupu) Ibni Raja Musa 1 (moyang saudara) Ibni Sultan Jaafar 1 (atuk moyang) dan ramai lagi saudara-mara di Perak |
| Keluarga | |
Raja Ema binti Raja Ibrahim (lahir 26 November 1968) atau lebih terkenal sebagai Raja Ema (juga sebagai Kekma) ialah seorang penyanyi, pelakon, model dan usahawan Malaysia. Selain itu, beliau pernah mendapat gelaran Puteri Pop Malaysia 80an kerana album studio pertamanya, Volume 1 telah berjaya terjual sebanyak lebih 100,000 unit pada tahun 1985 dan 1986 sekaligus mengangkat nama Raja Ema sebagai salah seorang penyanyi paling laris sepanjang era 80an. Disamping itu, Raja Ema juga turut mendapat jolokan sebagai Cyndi Lauper Malaysia kerana seringkali tampil dengan menggayakan fesyen "skirt kembang" ketika membuat persembahan persis bintang pop kelahiran Amerika Syarikat itu. Selain daripada kejayaan dalam bidang nyanyian, Raja Ema merupakan seorang pelakon wanita yang sangat berjaya di zaman kegemilangannya sehingga digelar Ratu Filem Usahasama kerana pernah berlakon dalam 7 buah filem usahasama Malaysia-Indonesia.