Kasih Suci

Kasih Suci adalah merupakan sebuah drama arahan pengarah Kabir Bhatia dan Hazrin Husni yang diterbitkan oleh Filmscape yang disiarkan di TV3 pada tahun 2007 bagi menggantikan drama Emil Emilda. Dibintangi oleh Nur Fazura, Azean Irdawaty, Fahrin Ahmad, Adi Putra, Benjy dan drama ini turut memperkenalkan seorang pelakon baharu yang berasal dari Indonesia, iaitu Anisa Sulandana. Drama ini ditayangkan setiap hari Selasa hingga Khamis, pada jam 10 malam di Slot Samarinda, TV3 bermula pada 28 Jun 2007.

Kasih Suci
GenreKeluarga
Konflik
Dendam
Ditulis olehMira Mustaffa
PengarahKabir Bhatia
Hazrin Husni
Dibintangi oleh
Nur Fazura
Anisa Sulandana
Azean Irdawaty
Fahrin Ahmad
Adi Putra
Benjy
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bahasa Indonesia
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit eksekutifFrank Lewis
PenerbitFrancis Foo
Kabir Bhatia
Mira Mustaffa
Tempoh siaran20-22 minit
(per episod)
Syarikat penerbitan
Filmscape
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda)
Siaran asal28 Jun 2007 – 04 September 2007
Kronologi
MengikutiEmil Emilda
Diikuti olehKerana Cintaku Saerah