Karipap

Karipap
کاريڤڤ / ايڤوق٢
Karipap
JenisPai, makanan 
Jenis sajianPastri
Tempat asalBrunei, Malaysia, dan Singapura
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Suhu penghidanganPanas dan sejuk
Bahan utamaAdunan tepung dan pelbagai inti seperti ubi, sardin, dsb
sunting · sunting di Wikidata

Karipap atau Epok-epok merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Brunei, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perisa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi lainnya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.

Di Indonesia, kuih seperti karipap ini dipanggil pastel, yang intinya daripada bihun, sayur-sayuran dan daging. Nama pastel berasal dari bahasa Portugis. Di negeri Sabah, karipap berinti bihun juga dipanggil pastil.

Kuih karipap selalunya menjadi pilihan menu dalam mesyuarat kerajaan ataupun swasta. Biasanya ia disertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.