Karam Singh Veriah
Karam Singh Veriah | |
|---|---|
| Naib Presiden Parti Ra'ayat | |
| Dalam jawatan 1957–1964 | |
| Ahli Parlimen bagi Damansara | |
| Dalam jawatan 19 Ogos 1959 – 25 April 1964 | |
| Didahului oleh | Kawasan pilihan raya diwujudkan |
| Digantikan oleh | Michael Chen Wing Sum |
| Majoriti | 3,373 (1959) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Serdang | |
| Dalam jawatan 19 Ogos 1959 – 25 April 1964 | |
| Didahului oleh | Kawasan pilihan raya diwujudkan |
| Digantikan oleh | Chin Kek Kum |
| Majoriti | 1,889 (1959) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Karam Singh Veriah 26 Oktober 1936 Seremban, Negeri Sembilan, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu |
| Meninggal dunia | 22 Januari 1994 (umur 57) New Delhi, India |
| Parti politik | Parti Ra'ayat (PR) (1957-1966) Parti Sosial Demokratik (SDP) (1985-1986) |
| Pasangan | Harbans Kaur Muker |
| Anak | 2 |
| Pekerjaan | Ahli politik, peguam, aktivis |
Karam Singh Veriah (26 Oktober 1936 – 22 Januari 1994) merupakan seorang ahli politik sosialis dari Malaysia. Beliau memenangi kerusi Damansara pada usia 23 tahun dalam pilihan raya 1959, mewakili Parti Rakyat Malaysia yang ketika itu merupakan sebahagian daripada gabungan Barisan Sosialis.
Pada masa yang sama, beliau turut memenangi kerusi Serdang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Pada tahun 1967, beliau telah ditahan tanpa bicara selama empat tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Selepas dibebaskan, beliau meneruskan kerjayanya sebagai peguam dan aktivis, sebelum meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 1994.