Kapal serangan amfibia Kelas Tarawa
Saipan (LHA-2) dalam latihan integrasi pada tahun 2004.
| |
| Gambaran keseluruhan kelas | |
|---|---|
| Nama: | Tarawa |
| Pembina: | Ingalls Shipbuilding |
| Pengguna: | Tentera Laut Amerika Syarikat |
| Sebelumnya: | Kelas Iwo Jima |
| Selepasnya: | Kelas Wasp |
| Jumlah dirancang: | 9 |
| Jumlah disiapkan: | 5 |
| Jumlah dibatalkan: | 4 |
| Jumlah aktif: | 2 |
| Dibersarakan: | 3 |
| Ciri-ciri umum | |
| Kelas dan jenis: | Kapal serangan amfibina |
| Sesaran: | 39,400 tan (40,032 t) muatan penuh |
| Panjang: | 820 ka (250 m) |
| Lunas: | 106 ka (32 m) |
| Jana kuasa: | 2x dandang, 2x turbin stim bergiar, 2x aci, berjumlah 70,000 kuasa kuda aci (52 MW) |
| Halaju: | 24 knot (44 km/j) |
| Anak kapal: |
|
| Persenjataan: |
|
| Perisai: | Sistem Mark 36 SRBOC |
| Pesawat yang dibawa: | |
| Nota: |
|
Kapal serangan amfibia Kelas Tarawa adalah sebuah kapal serangan amfibia yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Kapal-kapal dari kelas ini telah dibina oleh Limbungan Ingalls, di Pascagoula, Mississippi. Kapal sulung dari kelas ini, USS Tarawa (LHA-1), telah dilancarkan pada 29 Mei, 1976.
Kesemua kapal-kapal dari kelas Tarawa dinamakan bersempena dengan pertempuran yang dialami oleh Kor Marin Amerika Syarikat bermula dari Perang Revolusi Amerika, Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Empat buah lagi kapal dirancang akan diperolehi dalam rancangan jangka panjang tetapi telah dibatalkan sebelum pesanan atau penamaan dibuat.