Aidil Aziz
Aidil Aziz | |
|---|---|
عيد العزيز | |
Aidil Aziz; 2024 | |
| Kelahiran | Mohd Aidil bin Abdul Aziz 26 Julai 1987 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2009–kini |
| Pasangan | Fasha Sandha (k. 2019) |
| Anak-anak | 1 |
Mohd Aidil Abdul Aziz (Jawi: عيد العزيز; lahir 26 Julai 1987) ialah pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali dengan melakonkan watak sebagai Saiful di dalam drama Saiful Nita di Slot Samarinda TV3. Populariti Aidil mula melonjak naik selepas kejayaan lakonan beliau dalam drama itu, yang memegang watak utama sebagai Saiful dan digandingkan bersama pelakon dan penyanyi, Kilafairy yang diarahkan oleh Emi Maziah.