Kampung Sungai Lui

Kampung Sungai Lui
Kampung
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahHulu Langat

Kampung Sungai Lui terletak di tepi Sungai Lui yang bercantum dengan Sungai Langat. Kampung Sungai Lui terletak di mukim Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Penduduk kampung ini terdiri daripada orang Melayu yang berketurunan Kerinchi atau Kurinchi yang pindah dari Sumatra, Indonesia sekitar tahun 1800-an.

Penduduk di sini banyak mengusahakan dusun buah-buahan seperti durian, langsat, rambai dan tampoi. Ada beberapa penduduk menanam rambutan dan pisang. Tiada penanaman kelapa sawit yang dilakukan. Beberapa keping papan tanda menunjukan mereka ingin menjual tanah. Dato' Yusuf Haslam mendirikan sebuah rumah di sini dengan papan tanda Casa d' Haslam.