Langsat

Langsat
لڠست
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Lansium
Spesies:
L. domesticum
Nama binomial
Lansium domesticum

Pokok Langsat merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada hutan Indonesia dan kini ditumbuh secara meluas di kawasan-kawasan tropika disebabkan buahnya yang manis. Pokok ini kini juga didapati di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Lansium domesticum Jack. atau juga Lansium domesticum var pubescens.

Warna kulitnya adalah antara kuning dan coklat, dan seringnya bertompok-tompok, dengan tekstur yang licin atau lekit-lekit. Apabila kulitnya dikopek, isinya yang terdiri daripada ulas yang berasingan terdedah. Isinya yang lut cahaya adalah manis, tetapi biji-bijinya adalah pahit dan tidak dimakan.

Langat yang paling sedap dikenali sebagai langsat Indon. Rasanya manis dan bijinya kecil.

Nama sub spesies lain adalah dokong, duku, lansa, langseh, langsep, lanzon, lanzone, lansone, langcat atau kokosan.