Kampung Gerdong

Kampung Gerdong
Kampung
Peta Malaysia.
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
Negara Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Daerah Hulu Terengganu
MukimKuala Berang
KampungKampung Gerdong
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21700
Kod kawasan+609
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_region"

Kampung Gerdong merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Berang, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Salah satu tarikan di Kampung Gerdong ialah Bukit Batu Kapal yang terletak dalam kawasan hutan simpan di Kampung Gerdong, Telemong Hulu Terengganu. Bentuk batuan unik seakan sebuah dek kapal yang terkandas, terletak berhampiran puncaknya dengan sebatang anak sungai jernih mengalir di sisi dalam alam belum terusik sudah cukup menjadi tarikan.

Berdasarkan mitos orang kampung, dikatakan kapal berkenaan dimiliki oleh pedagang China dan akibat terkandas dalam tempoh yang lama menyebabkan ia bertukar menjadi batu. Berdasarkan fizikal, saiz batu kapal di Kampung Gerdong lebih besar daripada perahu layar yang terdapat di Muzium Negeri. Strukturnya kelihatan seolah-olah merupakan bahagian dek.

Bukit Batu Kapal yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuala Berang, berada pada ketinggian kira-kira 152 meter dari paras laut dan mengambil masa kira-kira sejam untuk sampai ke puncak. Ketulan batu sepanjang kira-kira 21 meter dan setinggi 4.5 meter itu bagaimana suatu arca yang ternyata mirip tinggalan sebuah kapal.

Mana-mana pihak atau individu yang ingin ke Bukit Batu Kapal, di Kampung Gerdong harus mendapatkan permit masuk daripada Jabatan Perhutanan terlebih dahulu berikutan lokasinya terletak di kawasan hutan simpan.