Chubadak
Kampung Chubadak | |
|---|---|
Kampung | |
Peta Malaysia. | |
Bendera Mohor | |
| Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
| Lagu: Negaraku | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Wilayah Persekutuan |
| Daerah | Kuala Lumpur |
| Kampung | Kampung Chubadak |
| Pentadbiran | |
| • Jenis | Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen |
| • Yang di-Pertuan Agong | Sultan Ibrahim |
| • Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| • Timbalan Perdana Menteri | Ahmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof |
| Penduduk ( N/A ) | |
| • Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
| • Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
| Zon waktu | GMT |
| • Musim panas (DST) | GMT |
| Poskod | 51100 |
| Kod kawasan | +603 |
| Lokasi Kampung Chubadak di Peta Google | |
Kampung Chubadak terletak berhampiran dengan bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia.
Berdasarkan sejarah lisan, Kampung Chubadak ini di sebelah utara yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai Kampung Chubadak Hulu dan di sebelah selatan dikenali sebagai Kampung Chubadak Hilir telah wujud sebelum tahun 1800. Kampung ini diterokai oleh orang berketurunan minang Chubadak dari Sumatra berjenarasi lamanya. Penduduk asal Kampung Chubadak adalah merupakan pemilik tanah rezab Melayu dari dahulu hingga sekarang yang mempunyai geran tanah sendiri.
Sementara Kampung Chubadak Tambahan atau Kampung Pasir dan Kampung Chubadak Indah yang bersempadan dengan Taman Dato' Senu yang pada ini telah dipisahkan oleh Lebuh Raya DUKE adalah kawasan lombong. Namun perlombongan di kawasan itu tamat sekitar tahun 1940an. Penduduk mula membina rumah di kawasan perlombongan tersebut dan beberpa prasarana seperti dewan orang ramai, surau, klinik dan sekolah didirikan. Kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah pesara tentera dan kerajaan. Namun bagi penduduk kampung Kampung Chubadak Asal kebanyakan mereka bekerja di kawasan perindustrian dan syarikat swasta seperti jaga, buruh dan sebagainya. Ketua Menteri Dato' Harun ldris, turut menjanjikan bahawa Kerajaan Selangor menjanjikan akan mengambil langkah untuk memastikan bahawa penduduk kampong dan kampong bersebelahan akan mendapat hak milik tanah yang mereka duduki. Pada 1960-an, Pegawai Daerah Kuala Lumpur telah menyediakan pelan lakar yang bertujuan memecah tanah tersebut kepada plot-plot yang layak dibahagikan kepada penduduk di tanah tersebut. Status tanah rezab Melayu tersebut kampung Chubadak dibatalkan melalui Pengistiharan Rezap No 4851/1932 bertarikh 22 Jun 1932.
Menurut Ketua Kampung Chubadak Tambahan, Rahim Ali, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL telah mengkategorikan kampung tersebut sebagai penempatan setinggan dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020 bersama-sama lima buah kampung lagi. Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah.