Kacang kola

Kacang kola merupakan kekeras yang diperolehi daripada beberapa spesies pokok genus Cola dalam cabang Sterculioideae keluarga Malvaceae yang bertaburan di hutan-hutan hujan tropika benua Afrika; terutamanya dari spesies-spesies Cola acuminata dan Cola nitida.

Biji-biji kekeras ini kaya dengan kafeina yang dimanfaatkan dalam penghasilan bahan penambah perisa terutamanya dalam minuman ringan air kola dimasyhurkan jenama seperti Coca-Cola. Nigeria merupakan negara pengeluar utama kacang ini sedunia menyumbang 52.4% hasil tanaman ini diikuti Côte d'Ivoire dan Cameroon.