Coca-Cola

Coca-Cola
JenisMinuman ringan
PengeluarThe Coca-Cola Company
Negara asalAmerika Syarikat
Diperkenalkan1886
WarnaCaramel E-150d
Produk berkaitanPepsi
Irn Bru
RC Cola
Cola Turka
Zam Zam Cola
Mecca Cola
Virgin Cola
Parsi Cola
Qibla Cola
Evoca Cola
Corsica Cola
Breizh Cola
Afri Cola
Laman webwww.coca-cola.com

Coca-Cola ialah minuman ringan berkarbonat dan berperisa khas yang dikeluarkan oleh The Coca-Cola Company dari Atlanta, Georgia di Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya.

Air minuman ini pada asalnya dikembangkan sebagai suatu minuman berubat pada hujung abad ke-19; nama air ini sempena dua bahan utama dalam ramuan asal menghasilkan minuman ini iaitu daun koka dan kacang kola. Pemasaran dan pengiklanan giat bijak dilakukan Asa Griggs Candler berjaya memasyhurkan Coke dalam kalangan orang ramai sehingga mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun minuman ini sekali-sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia. Malah, ia merupakan jenama ketiga "paling berharga" seluruh dunia selepas Apple dan Google dalam suatu kajian "jenama global terbaik" dijalankan firma Interbrand.