Kabinet Amerika Syarikat
| Terkini: Kabinet Kedua Donald Trump | |
Mohor Besar Amerika Syarikat | |
Kabinet terkini Presiden Donald Trump, 2025 | |
| Intisari badan penasihat | |
|---|---|
| Dibentuk | Mac 4, 1789 |
| Jenis | Badan penasihat |
| Ibu pejabat | Bilik Kabinet, Rumah Putih, Washington, D.C. |
| Kakitangan | 23 ahli:
|
Eksekutif badan penasihat | |
| Dokumen penting |
|
Laman sesawang | Laman web Rumah Putih |
Kabinet Amerika Syarikat ialah sebuah badan yang terdiri daripada naib presiden dan ketua-ketua jabatan eksekutif (istilah persamaan bagi Menteri) persekutuan daripada cawangan eksekutif kerajaan persekutuan Amerika Syarikat yang memainkan peranan sebagai penasihat utama kepada Presiden Amerika Syarikat.
Presiden tidak secara rasmi ialah anggota Kabinet. Ketua-ketua jabatan, yang dilantik oleh presiden dan disahkan oleh Senat, adalah anggota Kabinet, dan pemangku ketua jabatan juga duduk dalam mesyuarat Kabinet sama ada mereka telah dicalonkan secara rasmi untuk pengesahan Senat. Presiden boleh melantik ketua agensi lain dan anggota Pejabat Eksekutif Presiden Amerika Syarikat yang tidak disahkan Senat sebagai anggota peringkat Kabinet.