Kabinet Abang Johari kedua
| Kabinet Abang Johari kedua | |
|---|---|
Kabinet Sarawak ke-19 | |
| 2022–sekarang | |
| Tarikh dibentuk | 04 Januari 2022 |
| Orang dan pertubuhan | |
| Ketua negara | Abdul Taib Mahmud (sehingga 2024) Wan Junaidi Tuanku Jaafar (2024–kini), Yang di-Pertua Negeri Sarawak |
| Ketua kerajaan | Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg, Premier Sarawak |
| Parti anggota | |
| Status dalam badan perundangan | Majoriti besar (gabungan) 76 / 82 (93%) |
| Parti pembangkang | |
| Ketua pembangkang | Wong Soon Koh (2021–2023) Chong Chieng Jen (2023–kini) |
| Sejarah | |
| Pilihan raya | Pilihan raya negeri 2021 |
| Penggal dalam badan perundangan | Dewan Undangan Negeri ke-19 |
| Pendahulu | Kabinet Abang Johari pertama |
Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg membentuk kabinet Abang Johari kedua selepas dijemput oleh Abdul Taib Mahmud untuk memulakan kerajaan baharu berikutan kemenangan dalam Pilihan raya negeri pada 18 Disember 2021 di negeri Sarawak, Malaysia. Untuk menjadi Premier Sarawak, Abang Johari segera mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada hari yang sama pada malam itu. Sebelum pilihan raya, Abang Johari mengetuai (sebagai Premier Sarawak) kabinet Abang Johari pertama, sebuah kerajaan campuran yang terdiri daripada ahli-ahli parti komponen Gabungan Parti Sarawak (sebelum ini kabinet pimpinan Barisan Nasional Sarawak).
Barisan Kabinet baharu diumumkan oleh Abang Johari pada 30 Disember 2021.