Kabaret

Kabaret [ka-ba-rét; pinjaman Perancis: cabaret] difahamkan sebagai pertunjukan atau pementasan seni lazim di Dunia Barat yang biasanya ada hiburan berupa muzik, komedi dan seringkali sandiwara atau tari-menari. Persembahan sebegini khususnya dilangsungkan di restoran atau kelab malam yang mempunyai panggung pertunjukan untuk disaksikan para penonton yang duduk di meja-meja (seringkali sambil makan minum) sekeliling sambil dihiburkan seorang pengacara majlis.

Di Amerika Syarikat, tarian bogel, burlesque, persembahan mak nyah mahupun persembahan nyanyian sola diiringi dengan pemain piano sering dianggap sebagai kabaret.

Perkataan kabaret pertama kali digunakan pada tahun 1655.