Kelab malam
Kelab malam ialah sejenis tempat istirahat yang berniaga pada waktu larut malam. Walaupun juga sejenis kedai arak, namun kelab malam berbeza dengan bar, pub atau tavern kerana dilengkapi ruang tarian dan khidmat DJ yang memainkan lagu pop dan tarian yang rancak. Muzik yang diperdengarkan dalam kelab malam dikumandangkan oleh kugiran live atau adunan lagu yang dimainkan oleh seorang DJ yang dikumandangkan melalui sistem pembesar yang serba lengkap. Kebanyakan kelab malam mengutamakan genre muzik tertentu, seperti techno, house, heavy metal, garage, hip hop, salsa, dancehall, atau soca.