K. Thamboosamy Pillay

K. Thamboosamy Pillay
தம்புசாமி பிள்ளை
Tugu Thamboosamy di Batu Caves
Maklumat peribadi
Lahir1850
Singapura
Meninggal dunia1902
Singapura
Anak7
KediamanKuala Lumpur, British Malaya
PekerjaanPemilik lombong Biji Timah, Kontraktor kerajaan, perniagaan sendiri
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"

K. Thamboosamy Pillay(Tamil: தம்புசாமி பிள்ளை) atau Thamboosamy Pillay Kayaroganam (Tamil: தம்புசாமி பிள்ளை) adalah seorang tokoh berketurunan India Malaysia (Tamil) yang penting dalam sejarah awal Kuala Lumpur.Beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan bandar ini sebagai pusat perdagangan dan perlombongan pada abad ke-19. Seorang ahli perniagaan kaya, pelombong timah, pemberi pinjaman wang dan kontraktor kerajaan, beliau terkenal sebagai salah seorang pengasas dan pemegang amanah asal Victoria Institution. Kuil Sri Mahamariamman, kuil Hindu tertua di Kuala Lumpur,dan Batu Caves juga diasaskan olehnya. Selain itu beliau juga antara penyubang dalam pembinaan Katedral St. Mary, Kuala Lumpur, Batu Road Boys School dan Thamboosamy School.

Thamboosamy Pillay juga dikreditkan sebagai individu yang membawa elektrik ke Tanah Melayu.Sebagai ahli Lembaga Elektrik Kuala Lumpur, beliau membantu dalam membekalkan elektrik kepada bandar ini, termasuk stesen kereta api Kuala Lumpur sekitar tahun 1895.