Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur


Śrī Māriyammaṉ Kōvil

Kuil Sri Maha Mariamman
Nama: Śrī Māriyammaṉ Kōvil
Pencipta: K. Thamboosamy Pillay
Tarikh pembinaan: {{start date and age| 1873
Dewa-dewi utama: Mariamman
Seni bina: Seni bina Dravidia
Lokasi: Kuala Lumpur

Kuil Sri Mahamariamman adalah kuil Hindu tertua di Kuala Lumpur, Malaysia. Diasaskan pada tahun 1873, ia terletak di pinggir Chinatown di Jalan Bandar (dahulunya High Street).Kuil Sri Mahamariamman terutamanya didedikasikan kepada dewi Sri Mahamariamman, yang merupakan manifestasi dewi Parvati dalam mitologi Hindu.

Sejak penubuhannya, kuil ini menyediakan tempat ibadat yang penting untuk pendatang India awal dan kini merupakan warisan budaya dan nasional yang penting. Kuil ini diuruskan oleh Lembaga Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam.