Jwanita

Jwanita
Poster keluaran tayangan
PengarahOsman Ali
PenulisOsman Ali
Lakon layarOsman Ali
DibintangiMaya Karin
Bront Palarae
Cristina Suzanne Stockstill
Datin Umie Aida
Marsha Milan Londoh
Syarikat
penerbitan
Nuansa Sdn Bhd
Ehsan Production
Diedarkan olehEmpire Film Solution
Tarikh tayangan
  • 24 September 2015 (2015-09-24) (Malaysia)
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.5 Juta
Pecah panggungRM 1.5 juta

Jwanita (Tulisan Jawi: جوانيتا) ialah sebuah filem seram psikologi Malaysia 2015 yang diarahkan oleh Osman Ali. Filem ini menampilkan barisan pelakon A-List iaitu Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne Stockstill, Datin Umie Aida dan Marsha Milan Londoh. Filem ini mengisahkan mengenai Jwanita (Maya Karin) yang terpisah dari adiknya, Julaika (Cristina Suzanne Stockstill) ketika kecil. Dia telah dibesarkan oleh seorang dukun, (Datin Umie Aida) dan sering didera. Selepas kedua-duanya dewasa, mereka bertemu semula tetapi Jwanita telah mengancam kehidupan Julaika dan keluarganya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 24 September 2015.