Justinianus II
| Justinianus II | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Maharaja Rom | |||||
Justinianus II muda, mozek di Basilika Sant'Apollinare di Classe, Ravenna. | |||||
| Maharaja Byzantium | |||||
| Pemerintahan pertama | 10 Julai 685 – 695 | ||||
| Didahului oleh | Constantine IV | ||||
| Diikuti oleh | Leontius | ||||
| Pemerintahan ke-2 | 21 Ogos 705 – 4 November 711 | ||||
| Didahului oleh | Tiberius III | ||||
| Diikuti oleh | Philippicus | ||||
| Maharaja bersama | Tiberius (706–711) | ||||
| Keputeraan | 668 atau 669 Konstantinopel | ||||
| Kemangkatan | 4 November 711 (aged 42) Damatrys, Opsikion | ||||
| Pasangan | Eudokia Theodora dari Khazaria | ||||
| Anakanda | Anastasia Tiberius | ||||
| |||||
| Wangsa | Heraclius | ||||
| Ayahanda | Constantine IV | ||||
| Bonda | Anastasia | ||||
| Agama | Kristian Kalsedon | ||||
Justinianus II (Latin: Iustinianus; Yunani: Ἰουστινιανός, rumi: Ioustinianós; 668/69 – 4 November 711), digelar "yang Berhidung Selit" (Latin: Rhinotmetus; Yunani: ὁ Ῥινότμητος, rumi: ho Rhīnótmētos), ialah maharaja Byzantium terakhir dalam dinasti Heraclius, memerintah dari 685 hingga 695 dan sekali lagi dari 705 hingga 711. Seperti Justinianus I, Justinianus II seorang pemerintah yang bercita-cita tinggi dan bersemangat yang ingin memulihkan Empayar Rom kepada kegemilangannya dahulu. Walau bagaimanapun, baginda amat kejam terhadap sesiapa yang penentangan kehendaknya dan tidak secekap bapanya, Constantine IV. Akibatnya, baginda mendapat banyak tentangan terhadap pemerintahannya, sehingga baginda diguling pada tahun 695 dalam satu pemberontakan rakyat. Baginda hanya kembali ke takhta pada tahun 705 dengan bantuan tentera Bulgar dan Slav. Pemerintahannya yang kedua lebih zalim daripada yang pertama, dan pada 711 baginda dibunuh oleh askar-askar yang memberontak.
| Justinianus II | |
|---|---|
Syiling solidus Justinianus II | |
| Maharaja | |
| Hari perayaan | 2 Ogos |
sunting | |