Kristian Kalsedon
Kristian Kalsedon atau Khalkedon (Bahasa Yunani Kuno: Χαλκηδών, khalkedon) ialah cabang-cabang agama Kristian yang menerima dan mengikut keputusan yang dibuat di Majlis Kalsedon, majlis ekumenikal yang keempat, yang diadakan pada tahun 451. Ia menerima Pengakuan Iman Kalsedon, bahawa Yesus Kristus ialah tuhan dan manusia secara serentak, serta dikira sebagai satu orang (prosopon). Kristian Kalsedon juga bersetuju dengan Pengakuan Iman Nikaea-Konstantinopel versi Kalsedon, menunjukkan bahawa ia menyokong aliran Kristian Nikaea juga.
Fahaman Kristian Kalsedon diterima oleh mazhab Katolik, Ortodoks Timur, dan Protestan, maka ia merangkumi >95% agama Kristian.