Jung Joon-young

Jung Joon-young
정준영
Jung Joon-young at 2016
Maklumat latar belakang
Nama lahirJung Joon-young
Juga dikenali
sebagai
Jun-yeong (en)
Kelahiran (1989-02-21) 21 Februari 1989
Jakarta, Indonesia
WarganegaraKorea Selatan
GenreRock, soft rock, alternative rock, garage rock, hard rock, post-punk revival
PekerjaanPenyanyi-penulis lagu, pelakon, DJ radio, pengacara, personaliti TV
Alat muzikVokal, gitar, piano, bass
Tahun aktif2010–present
DiskografiLihat: Jung Joon-young discography (en)
Syarikat rakamanCJ E&M Music
REALIVE (C9 Entertainment)
Anggota bagiDrug Restaurant
Kegiatan berkaitanDrug Restaurant
Pautan berkaitan
Pautan lain
Nama Korea
Hangul
정준영
Hanja
鄭俊英
Perumian SemakanJeong Jun-yeong
McCune–ReischauerChŏng Chunyŏng
sunting · sunting di Wikidata

Jung Joon-young (lahir pada 21 Februari 1989) adalah seorang penyanyi Korea Selatan dan penulis lagu, DJ radio, pengacara, pelakon dan personaliti televisyen. Pertama kali beliau mendapat pengiktirafan rancangan realiti TV yang mencari bakat, Superstar K4 (2012) terbitan Mnet, di mana dia mendapat tempat ketiga. Pada tahun 2013, beliau menjadi ahli termuda dalam rancangan hiburan 2 Hari & 1 Malam Musim 3. Beliau menjadi pengacara untuk program radio beliau bertajuk "MBC FM's Jung Joon-young Simsimtapa" (2014) dan membuat penampilan debut di layar perak menerusi filem Love Forecast (2015). Sejak tahun 2015, Joon-young adalah vokalis untuk rock band Drug Restaurant, sebelum ini menggunakan nama JJY Band, menerbitkan album pertama mereka "Escape to Hangover" pada Mei 2015

Sejak beliau debut dengan album 1st Mini Album pada bulan Oktober 2013, Jung telah memenangi Anugerah Artis Baru Solo untuk lagu "이별 10분전 (The Sense of an Ending)" di Anugerah Carta K-pop Gaon ke-3 (3rd Gaon Chart K-pop Award). Kemudian, beliau mengeluarkan mini album ke-2 yang dihasilkan sendiri, Teenager, yang mengandungi enam buah lagu yang ditulis dan digubah sendiri pada 26 Jun 2014. Jung mengadakan perjumpaan bersama peminat di Taiwan pada 2013 dan diikuiti dengan pertunjukan luar negara pertama beliau di Taipei pada Julai 2014. Beliau menyanyikan lagu yang ditulis sendiri berjudul "하루만 (I'm Nobody)" di Konsert Pretty Man Jepun (Pretty Man OST Japan Concert) pada Julai 2014. Beliau mengadakan lawatan konsert di China pada November 2014 dan membuat pertunjukan di Beijing, Shenzhen dan Shanghai. Jung membuat konsert debutnya di Amerika semasa K-CON 2014 sebagai pengacara dan artis.

Pada Mac 2019, Jung bersara dari industri hiburan, sebagai sebahagian siasatan Burning Sun scandal, mengakui bahawa beliau "telah merakam perempuan tanpa persetujuan mereka dan menyebarkannya di ruang perbualan aplikasi". Ini adalah di tengah-tengah kes dakwaan beliau di mana beliau merakam aksi seks beliau sendiri dan mengongsikannya dengan kawan-kawan beliau.