Rock alternatif
| Rock alternatif | |
|---|---|
| Asal usul | Amerika Syarikat, United Kingdom |
| Dicipta | 1978 |
| Sebahagian daripada | Muzik rock, alternative music |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Rock alternatif (bahasa Inggeris: alternative rock, juga dikenali sebagai muzik alternatif, rock indie, indie atau hanya alternatif) merupakan sebuah genre muzik rock yang terbit pada 1980-an dan popular secara meluas pada 1990-an. Nama "alternatif" dicipta pada tahun 1980 untuk menerangkan kugiran-kugiran punk rock yang tidak sesuai dengan genre punk rock pada masanya. Sebagai jenis muzik yang spesifik, rock alternatif mempunyai sub-aliran yang bervariasi, daripada muzik indie yang bermula pada tahun 1980 dan menjadi popular pada tahun 1990; seperti indie rock, grunge, gothic rock, dan college rock. Genre-genre tersebut diperkukuh dengan ciri khasnya masing-masing.
Walaupun muzik alternatif dikategorikan sebagai genre rock, tetapi beberapa sub-genrenya terpengaruh oleh muzik rakyat, reggae, musik elektronik, dan jazz. Pada masa tertentu, istilah rock alternatif digunakan untuk mennggelar muzik rock daripada kugiran bawah tanah pada tahun 1980-an, punk rock (termasuk punk), dan untuk muzik rock itu sendiri pada tahun 1990-an dan 2000-an.
Di Malaysia, tahun 2008 dikatakan sebagai kebangkitan muzik ini. Kugiran seperti Hujan, Meet Uncle Hussain, dan banyak lagi menjadi popular pada tahun tersebut. Bagaimanapun, kugiran seperti OAG telah lebih awal menjadi popular sejak akhir 1990-an.
Istilah "alternatif" telah diberi bagi menjelaskan kugiran rock punk yang bebas dan tidak tergolong dalam genre muzik aliran utama masa itu. Sebagai sebuah genre muzik, rock alternatif mengandungi pelbagai subgenre yang muncul daripada arena muzik bebas pada 1980-an, seperti Grunge, Britpop, rock gothic, dan pop indie.