Julie Dahlan

Julie Dahlan
Kelahiran
Junaidah binti Dahlan

1953 (1953)
Meninggal dunia30 April 2015 (berumur 61–62)
Sebab kematianTekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Klang Gate
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1978–2008
Anak-anak3 (termasuk Hanny Harmi)

Junaidah "Julie" Dahlan (1953 – 30 April 2015) merupakan seorang pelakon dan penerbit Malaysia. Beliau popular menerusi lakonannya dalam filem Si Badol (1979), Idola (2002) dan Cicakman 2: Planet Hitam (2008).

Beliau melalui syarikat penerbitan miliknya JD Productions Sdn Bhd, pernah mencipta nama pada era 90-an menerusi beberapa filem terbitan beliau yang menjadi fenomena antaranya seperti Wira Angkasa (1987), Harry Boy (1991), Driving School (1990) dan Cinta Metropolitan (1996). Beliau ialah antara penerbit wanita terawal di Malaysia dan orang yang bertanggungjawab membawa model terkenal, Nasha Aziz ke layar perak serta beberapa nama terkenal lain antaranya Ziela Jalil, Sofia Jane, Eizlan Yusof dan Hairie Othman.