Josiah Hogan
Josiah Hogan | |
|---|---|
| Kelahiran | Josiah Padilla Hogan 10 Oktober 1986 |
| Warganegara | Amerika Syarikat |
| Nama lain | Mohamad Musleh |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pemuzik, pengacara |
| Tahun aktif | 2006–kini |
| Ketinggian | 177 cm (5 ka 10 in) |
| Pasangan | Nurul Hidayu Noordin (k. 2013) |
| Anak-anak | 4 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Rock |
| Alat muzik | Vokal, gitar |
| Kegiatan berkaitan | Maddame |
Josiah Padilla Hogan (lahir 10 Oktober 1986) merupakan seorang pelakon, penyanyi, pemuzik dan pengacara lelaki Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2010 dan terkenal dengan peranan televisyen termasuk Bicara Hati (2010), Cinta Jangan Pergi (2013) dan Gerak Khas (2017) serta peranan filem termasuk Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014), KL Special Force (2018), Wira (2019) dan Takluk: Lahad Datu (2024). Selain itu, beliau juga seorang pemuzik dan bergiat aktif bersama kumpulannya, Maddame.