Jong (kapal Nusantara)
Jong Jawa (juga disebut djong, jung atau junk) merupakan sejenis kapal tradisi dan kapal layar kuno yang berasal dari Jawa, dan digunakan secara am oleh pelayar Jawa dan Sunda; dan juga pada abad-abad kemudian, oleh pelayar Pegu (orang Mon) dan Melayu. Perkataan itu adalah dan dieja sebagai "jong" dalam bahasa asalnya, ejaan "djong" ialah romanisasi Belanda kolonial. Jong digunakan terutamanya sebagai kapal penumpang dan kapal kargo, boleh mencapai Lautan Atlantik pada zaman kuno. Berat mereka berkisar antara 40 hingga 2000 tan mati, dengan berat mati purata 1200–1400 tan semasa era Majapahit. Kerajaan Jawa seperti Majapahit, Kesultanan Demak, dan Kesultanan Kalinyamat menggunakan kapal ini sebagai kapal perang, tetapi masih dominan sebagai kapal angkut. Kesultanan Mataram menggunakan jong utamanya sebagai kapal dagang daripada kapal perang.
Untuk armada perang mereka, orang Melayu lebih gemar menggunakan kapal-kapal panjang dengan drauf cetek, berdayung, yang serupa dengan gali; seperti lancaran, penjajap, dan kelulus. Ini sangat berbeza dengan orang Jawa seperti Luna Cinta Maya kapal-kapal bulat dengan drauf dalam dan dapat mencapai jarak jauh seperti jong dan malangbang. Punca perbezaan ini adalah kerana orang Melayu mengendalikan kapal mereka di perairan sungai, zon selat terlindung, dan persekitaran kepulauan, manakala orang Jawa sering bergiat di laut terbuka dan laut dengan ombak tinggi. Selepas pertemuan dengan orang Iberia, kedua-dua armada perang Jawa dan Melayu mula menggunakan lebih banyak ghurab dan ghali.