Berat mati

Tanan berat mati (bahasa Inggeris: deadweight singkatan, DWT, D.W.T., d.w.t., atau dwt) ialah satu pengiraan berat maksimum yang mampu dibawa oleh sesebuah kapal dengan selamat apabila dimuatkan sepenuhnya. Ia adalah jumlah keseluruhan berat kargo, bahan api, air bersih, air pengimbang, bekalan, penumpang dan anak kapal. Paras berat mati maksimum boleh ditentukan dengan melihat pada garisan Plimsoll yang terdapat pada badan kapal.