Cinta Luar Biasa
| Cinta Luar Biasa | |
|---|---|
Poster keluaran tayangan | |
| Pengarah | Rashid Sibir |
| Penulis | Rashid Sibir |
| Dihasilkan oleh | Gayatri Su-Lin Pillai (eksekutif) |
| Dibintangi | Nasha Aziz Saiful Apek Hans Isaac Syanie |
| Sinematografi | Mohd Azla Kamarudin |
| Disunting oleh | Mariam Ibrahim |
| Muzik oleh | Julfekar |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan | 23 September 2004 (Malaysia) |
Masa tayangan | 110 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM 1.2 juta |
| Pecah panggung | RM 2.40 juta |
Cinta Luar Biasa ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2004 arahan dan skrip oleh Rashid Sibir. Dibintangi oleh Nasha Aziz, Saiful Apek, Hans Isaac dan Syanie, ia mengisahkan empat rakan karib yang telah berjanji untuk bertemu semula selepas 10 tahun menamatkan pengajian di universiti. Filem ini ditayangkan pada 23 September 2004 dan menerima ulasan positif.