Joji (pemuzik)

Joji
ジョージ
Joji, Ogos 2018
Kelahiran
George Kusunoki Miller

(1992-09-18) 18 September 1992
Osaka, Jepun
Nama lain
  • Filthy Frank
  • Pink Guy
Pusat pendidikanInstitut Teknologi New York
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagi
  • penyanyi rap
  • pelawak
Kerjaya muzik
Genre
  • Joji
  • Filthy Frank / Pink Guy
Alat muzik
DiskografiLihat: Joji discography (en)
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitanTrippie Redd
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif2006–2017
Pelanggan11.1 juta (keseluruhan)
Jumlah tontonan1.66 bilion (keseluruhan)
RangkaianScaleLab
100,000 pelanggan 2012
1,000,000 pelanggan 2015
Dikemaskini pada 28 November 2021

George Kusunoki Miller (ジョージ・楠木・ミラー, Jōji Kusunoki Mirā, lahir 18 September 1992), dikenali dengan nama artis Joji serta dahulunya Filthy Frank and Pink Guy, ialah seorang penyanyi, penyanti rap, pelawak, dan bekas YouTuber asal Jepun.

Miller memulakan kerjaya YouTube-nya pada 2011 sejurus selepas berpindah ke Amerika Syarikat, dan mendapat pengiktirafan kerana menggambarkan watak aneh di saluran satira TVFilthyFrank, TooDamnFilthy, dan DizastaMusic. Saluran yang menampilkan hip hop komedi, bebelan, cabaran yang melampau, serta persembahan ukulele dan tarian, dan terkenal dengan babak lawak kejutan dan viraliti yang prolifik. Video Miller membantu mempopularkan Harlem Shake yang menyumbang kepada kejayaan komersial lagu Baauer dengan nama yang sama, dan membawa kepada penghasilan meme dan kerjasama dengan para YouTuber. Sebagai Pink Guy, Miller mengeluarkan dua album studio komedi dan EP antara 2014 dan 2017.

Pada akhir 2017, Miller bersara sebagai YouTuber untuk meneruskan kerjaya muzik di bawah nama Joji. Album sulungnya, Ballads 1, dikeluarkan pada 2018 dan menampilkan single "Slow Dancing in the Dark". Album keduanya, Nectar (2020), mengandungi single "Sanctuary" dan "Run". Pada tahun 2022, beliau mengeluarkan single tersenarai carta Billboard Hot 100 Amerika, "Glimpse of Us", lagu dengan rating tertinggi miliknya.