Goncang Harlem

Goncang Harlem ialah sejenis meme Internet yang mula menjadi terkenal dalam Youtube pada awal Februari 2013. Meme ini berasaskan video yang diikuti mengikut konsep sama oleh orang ramai. Meme tersebut dimuat naik oleh vlogger komedi Youtube, Filthy Frank yang memaparkan sebilangan orang yang berpakaian kostum yang menari dengan mainan lagu Harlem Shake oleh Baauer.