John Mayer

Templat:Seniman

John Mayer
Maklumat latar belakang
Nama lahirJohn Clayton Mayer
Juga dikenali
sebagai
JohnClayton
Kelahiran16 Oktober 1977
Bridgeport
WarganegaraAmerika Syarikat
GenreBlues rock, pop rock, blue-eyed soul, acoustic rock, soft rock
PekerjaanPemain gitar, penyanyi-penggubah lagu, penyanyi, pemblog, penggubah, penerbit rakaman, pelakon, seniman, seniman muzik, seniman tampak dan tattoo artist (en)
Alat muzikGitar, mandolin (en) , alat muzik papan nada dan suara
Tahun aktif1998
DiskografiLihat: John Mayer discography (en)
Syarikat rakamanColumbia Records
Aware Records (en)
Sony Music
Sony BMG
Arista Records (mul)
Anggota bagiJohn Mayer Trio
Kegiatan berkaitanJohn Mayer Trio
Anggota keluarga/pasangan
Pasangan/bekas pasanganKaty Perry (2012–2014)
Taylor Swift (2009–2010)
Jennifer Aniston (2008–2009)
Minka Kelly (2007–2008)
Jessica Simpson (2006–2007)
Jennifer Love Hewitt (2002–2006)
Pautan berkaitan
Tapak sesawangjohnmayer.com
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

John Clayton Mayer (disebut / meɪ.ər/ MEI - ər; Lihat : sebutan John Mayer] lahir 16 Oktober 1977) adalah ahli muzik Amerika, penyanyi-penulis lagu, artis rakaman, dan penerbit muzik. Lahir dan dibesarkan di Connecticut, beliau memasuki Berklee College of Music di Boston sebelum berpindah ke Atlanta, Georgia pada tahun 1997, di mana beliau menghalusi kemahiran dan memperoleh pengikut dan peminat yang ramai. Album studio pertama dan keduanya ,Room For SquaresdanHeavier Things, mengutip hasil komersil yang terbaik sekali, mencapai multi-platinum status. Pada tahun 2003, dia memenangi Artis Lelaki Pop Terbaik Vokal Anugerah Grammy untuk "Your Body is Wonderland".

Mayer memulakan kerjayanya dengan mengutamakan muzik rock akustik di dalam persembahannya, namun secara berperingkat mulai peralihan menuju blues genre pada tahun 2005 dengan berkolaborasi dengan artis blues terkenal seperti B. B. King, Buddy Guy, dan Eric Clapton, dan dengan membentuk John Mayer Trio. Pengaruh blues beliau dapat didengar di dalam album Continuum , dikeluarkan pada bulan September 2006. Pada Anugerah Grammy Tahunan ke-49 pada tahun 2007 Mayer memenangi Album Pop Vokal Terbaik untuk 'Continuum' dan Artis Lelaki Pop Terbaik Vokal untuk "Waiting on the World to Change ". Dia mengeluarkan album studionya yang keempat , Battle Studies, pada bulan November 2009. Menerusi album ini,beliau telah tercalon bagi 4 buah kategori di Anugerah Grammy tahunan ke-53 .

Penerusan kerjaya Mayer telah ditingkatkan ketahap sampai dengan stand-up komedi, mereka grafik, dan menulis, beliau telah menulis kolum untuk majalah, yang terkenal, 'Esquire'. Beliau juga terlibat dalam kegiatan aktiviti Filantropi melalui Surat dana "back to You". Beberapa hubungan romantik berprofile-tinggi dan penglibatannya dengan media menyebabkan dia menjadi sebutan tabloid, bermula pada tahun 2006.