Jennifer Love Hewitt

Jennifer Love Hewitt
Jennifer Love Hewitt, Januari 2008
Kelahiran (1979-02-21) 21 Februari 1979
Waco, Texas, Amerika Syarikat
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1989 — kini
AnugerahSaturn Award untuk Best Actress on Television
2006 Ghost Whisperer
2007 Ghost Whisperer
Laman web rasmihttp://www.jenniferlovehewittonline.com
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "birthplace"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "birthdate"

Jennifer Love Hewitt (lahir 21 Februari 1979) merupakan pelakon, penyanyi dan pencipta lagu Amerika Syarikat. Hewitt memulakan kerjaya lakonannya sedari kecil menerusi penampilan dalam iklan televisyen dan siri Disney Channel, Kids Incorporated. Beliau mula terkenal menerusi siri terbitan Fox, Party of Five, sebagai Sarah Reeves, dan filem I Know What You Did Last Summer serta kesinambungannya, sebagai Julie James.

Sebagai penyanyi, Hewitt telah menandatangani perjanjian dengan Atlantic Records dan Jive Records. "BareNaked" merupakan antara lagu beliau yang popular. Selain itu, beliau juga terbabit dalam promosi dan runut bunyi untuk projek-projek lakonannya.

Beliau pernah dinamakan sebagai wanita terseksi di dunia oleh majalah Maxim pada tahun 1999, dan wanita terseksi menerusi televisyen pada tahun 2008.

Hewitt juga terbabit di belakang tabir sebagai penerbit untuk beberapa buah filem dan rancangan televisyen. Beliau kini lebih dikenali sebagai Melinda Gordon iaitu wanita muda yang boleh berkomunikasi dengan roh-roh orang mati menerusi Ghost Whisperer.