Johannes Friessner

Johannes Frießner
Jeneral Johannes Friessner, 1943
Kelahiran(1892-03-22)22 Mac 1892
Chemnitz, Empayar Jerman
Meninggal dunia26 Jun 1971(1971-06-26) (umur 79)
Bad Reichenhall, Bavaria, Jerman Barat
Kesetiaan Empayar Jerman (hingga 1918)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi
PerkhidmatanTentera Darat Imperial Jerman
Reichswehr
Heeres
Tahun perkhidmatan1911–1945
Pangkat Generaloberst
ArahanXXIII. Armeekorps
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak

Johannes Friessner (22 Mac 1892 – 26 Jun 1971) adalah seorang Jeneral Jerman yang cepat naik semasa Perang Dunia II.

Dilahirkan di Chemnitz, Kerajaan Saxony, Friessner menyertai Tentera Darat Imperial pada tahun 1911 dan, selepas menyaksikan tugas yang banyak dalam Perang Dunia I, berkhidmat didalam Reichswehr selepas perang.

Selepas kenaikkan pangkatnya ke Generalmajor pada 1 Ogos 1940, semasa Perang Dunia II, Friessner telah ditugaskan ke Barisan Timur yang mana, pada 1 Mei 1942, beliau diberi memerintah Divisyen Ke-102 Infantri. Selepas kenaikkan pangkatnya ke Generalleutnant pada 1 Oktober 1942, Friessner bertugas sebagai Panglima Kor XXIII dari 19 Januari hingga 11 Disember 1943 (pada waktu itu beliau telah dinaikkan pangkat General der Infanterie pada 1 April).

Pada Februari 1944, Friessner telah ditukarkan ke Barisan Utara dan diberi tugas memerintah Kumpulan Sponheimer (dinamakan semula ketumbukan detasmen "Narva" pada 23 Februari). Mendapat kenaikkan pangkat ke Generaloberst pada 1 Julai, Friessner memegang sekejap pemerintahan Kumpulan Tentera Darat Utara sehingga 25 Julai sebelum dihantar ke barisan selatan untuk memerintah Kumpulan Tentera Darat Selatan Ukraine (kemudian dinamakan semula Kumpulan Tentera Darat Tenggara). Gagal menghentikan serangan empat bulan Soviet oleh Barisan Kedua Ukraine Marsyal Rodion Malinovsky, Friessner telah dipecat pada 22 Disember. Tidak lagi memegang jawatan pemerintahan sehingga perang berakhir, Friessner hidup dalam persaraan di Bayerisch Gmain sehingga kematiannya pada 26 Jun 1971.

Pada tahun 1951, beliau merupakan pengerusi Verbund Deutsche Soldaten (Persatuan Perajurit Jerman). Semasa awal tahun 1950an beliau aktif dalam menasihatkan pembangunan semula tentera darat Jerman: Bundeswehr (lihat Searle's Wehrmacht Generals). Pada tahun 1956, Friessner mengarang Verratene Schlachten (Pertempuran Dikhianati), sebuah memoir tentang pencapaiannya memerintah Kumpulan Tentera Darat Selatan Ukraine.