Likuor coklat
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Sari coklat
Sari coklat (bahasa Inggeris: chocolate liquor) atau sari koko (cocoa liquor) ialah perahan lumatan biji koko yang telah ditapai, dikeringkan, dibakar, dan dibuang kulit; ia dibentuk pejal atau separa pepejal. Seperti biji koko (uraian) yang dihasilkan, ia mengandungi pepejal koko dan mentega koko dalam kadar nisbah yang hampir sama. Ia diasingkan kepada pepejal koko dan mentega koko ataupun disejukkan dan dibentuk menjadi blok coklat mentah. Kegunaan utamanya (selalunya dengan tambahan mentega koko) adalah membuat coklat.
Sari coklat mengandungi kira-kira 53 peratus lemak mentega (lemak), kira-kira 17 peratus karbohidrat, 11 peratus protein, 6 peratus tanin, dan 1.5 persen teobromina.