Jin Notti
| Jin Notti | |
|---|---|
| Pengarah | Azhari Zain |
| Penulis | Azhari Zain |
| Dihasilkan oleh | Norman Abdul Halim Yusry Abdul Halim Edry Abdul Halim |
| Dibintangi | Fara Fauzana Mawi Cat Farish |
Syarikat penerbitan | |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Bajet | RM 0.486 juta |
| Pecah panggung | RM 2.04 juta |
Jin Notti ialah filem komedi fantasi Malaysia 2009 yang diterbitkan di Malaysia pada 20 September 2009. Diarahkan oleh Azhari Zain, filem ini yang dibintangi oleh Fara Fauzana dan Mawi merupakan filem ke-4 KRU Studios. Jin Notti juga menonjolkan sebilangan watak sambilan Cina dan India, dengan pelat-pelat dan ungkapan masing-masing yang menambahkan hiburan. Filem ini ditaja oleh Syarikat telefon|syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia, dan merupakan filem pertama tajaan Telekom.