Jikji
Baegun Hwasang Chorok Buljo Jikji Simche Yojeol (Korea: 백운화상초록불조직지심체요절 白雲和尙抄錄佛祖直指心體要節) atau ringkasnya disebut Jikji (直指) merupakan suatu buku dicetak semmasa Dinasti Goryeo pada tahun 1377 di kuil Heungdeok, Cheongju (kini dalam provinsi Chungcheong, Korea Selatan). Buku ini disusun oleh seorang sami Korea bernama Baegun Hwasang mengandungi isi yang menerangkan ajaran Buddha aliran Zen; ia merupakan buku paling awal dicetak di dunia sebelum munculnya Alkitab dicetak Johannes Gutenberg 78 tahun kemudian.
Buku ini diiktiraf UNESCO pada 4 September 2001 di mana ia dimasukkan dalam senarai Warisan Ingatan Dunia pertubuhan tersebut.