Warisan Ingatan Dunia
Rancangan Warisan Ingatan Dunia (bahasa Inggeris: Memory of the World Programme) adalah sebahagian dari kegiatan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). yang dilaksanakan sesebuah unit khas untuk menjaga ingatan sejarah dalam bentuk dokumen atau naskhah bertulis mahupun multimedia. Program ini memberikan fokus utama kepada kegiatan pengarkiban dan penyimpanan.
Program ini yang dimulakan pada 1992 ini mendorong pentingnya perawatan dan penyimpanan dokumen-dokumen bernilai sejarah.