Jeram Mengkuang
Jeram Mengkuang merupakan sebuah pekan berdekatan bandar Bidor, negeri Perak, Malaysia. Tahun-tahun 1960 - 1970-an, banyak aktiviti perlombongan bijih timah menggunakan kapal korek di kawasan ini. Sebatang jalan raya merentasi Jeram Mengkuang dari Bidor ke Teluk Intan. Sungai Bidor mengalir melalui bandar Bidor, Jeram Mengkuang dan terus ke Sungai Perak, bertemu di Teluk Intan.
This article is issued from Wikipedia. The text is available under Creative Commons Attribution-Share Alike 4.0 unless otherwise noted. Additional terms may apply for the media files.